KUALA LUMPUR – Tidak dinafikan, fesyen baju lelaki kurta yang berasal dari India semakin disukai ramai oleh golongan lelaki di negara ini.

Kurta kebiasaannya dipakai sebagai fesyen kasual dan turut menjadi pilihan bagi dipakai semasa majlis kenduri atau bertamu ke rumah orang.

Kurta asas biasanya dibuat daripada fabrik kapas polos dengan warna-warna putih, hitam, coklat dan kelabu. Bagaimanapun kini rekaan kurta semakin dipermodenkan bagi memenuhi permintaan ramai.

Jika kurta India dibuat panjang hingga ke bawah lutut, kurta di negara ini dibuat pendek hingga ke lutut atau di atas lutut. Kurta moden ini sesuai dipakai bersama jeans atau seluar panjang.

Memandangkan kurta semakin mendapat permintaan ramai dan sambutan yang menggalakkan, Ashbil kini telah mengeluarkan pelbagai rekaan kurta moden.

Pemiliknya adalah dua anak muda, Syed Ashraf Syed Hamid Al-Khered dan Syed Nabil Syed Ahmad Al-Khered yang mungkin nama baru dalam persada fesyen tanah air.

Menurut Syed Ashraf, mereka bergabung tenaga bagi menghasilkan sebuah himpunan kurta dengan pelbagai rekaan menarik.

Jelasnya, mereka telah menumpukan sepenuh perhatian sehingga terpaksa berulang-alik beberapa kali di sekitar Asia bagi mendapatkan fabrik yang berkualiti dan sesuai dengan cuaca dalam negara ini.

“Selesai mendapat pelbagai jenis fabrik yang menarik, akhirnya terhasillah kurta ekslusif iaitu pakaian berpotongan kurta untuk digaya oleh lelaki.

“Melihatkan permintaan pelanggan yang semakin meningkat serta perubahan citarasa golongan lelaki, mereka merasa terpanggil untuk mencipta kurta khusus buat lelaki.

“Mereka merasakan perlu untuk mencipta sebuah himpunan kurta yang boleh dipakai dan digayakan pada bila-bila masa dan dimana sahaja,” katanya pada majlis pelancaran jenama Ashbil Kurta Exclusive baru-baru ini.

pix ash1

Jenama ASHBIL yang merupakan gabungan nama Ashraf dan Nabil telah berada dalam pasaran sejak tiga tahun lalu.

Ketika itu, mereka menjual produk pakaian seperti jubah ekslusif seperti abaya dan gamis yang dibawa masuk dari Arab Saudi.

Sementara itu, himpunan kurta ASHBIL tampil dengan beberapa reka bentuk yang menarik. Antaranya ialah kurta berpotongan leher cekak musang, kemeja dan ala cheong sam.

Jelas Syed Ashraf, corak kurta ini pula lebih tertumpu kepada corak abstrak, batik Jawa, dan paisley.

Katanya, corak sebegini dilihat mampu membawa imej maskulin kepada pemakai.

“Selain itu, pilihan warna kurta ASHBIL lebih memfokus kepada warna-warna terang seperti biru, hijau, merah dan warna-warna tanah seperti coklat, krim dan hitam.

“Ini secara tidak langsung membangkitkan semangat kelelakian kepada si pemakai.

“Himpunan ASHBIL juga amat menitikberatkan dalam hal kekemasan jahitan dan perincian kepada setiap rekaan mereka. Ini bagi memastikan mutu pakaian yang direka menepati citarasa dan kehendak pelanggan. Mereka juga mengenal pasti bahawa pakaian ini boleh digayakan oleh para jemaah haji dan umrah,” katanya.

Menurut Syed Ashraf, sasaran khalayak kurta ASHBIL adalah lelaki yang berusia antara 20-an hingga 40-an dan ia juga boleh digayakan untuk majlis separa rasmi dan santai.

Ketika ini, harga promosi yang ditawarkan bermula RM179.90 hingga RM229.90.

ASHBIL juga menyediakan perkhidmatan untuk membuat pakaian (made to measure) iaitu bagi pelanggan yang mahu menempah kurta bersesuai ukuran badan mereka boleh terus berhubung dengan pemilik syarikat ini.

Selain itu, ASHBIL mengalu-alukan stokis, ejen, dan dropshipper yang ingin menjual himpunan mereka.

Mereka boleh berbuat demikian dengan terus menghubungi Syed Ashraf di talian 019-2667669 dan Syed Nabil (012-2694065).

Bagi yang berminat untuk melihat lebih banyak contoh kurta ASHBIL, anda boleh melayari laman sosial Instagram: Ashbilofficial  dan Facebook: Ashbil. – MalaysiaGazette

pix ash3