Tentera Filipina memeriksa mayat angoota militan yang terbunuh.

MANILA – Tiga anggota militan Abu Sayyaf dilaporkan terbunuh selepas menyusup masuk ke kawasan pelancong di Pulau Bohol, di sini, dalam satu pertempuran bersama tentera Filipina di daerah terbabit.

Insiden terbabit berlaku selepas militan berkenaan gagal menculik pelancong di kawasan persembunyian mereka, menurut Ketua Perhubungan Awam Tentera, Kolonel Edgard Arevalo.

Beliau berkata, kesemua mereka maut ketika bertempur di pulau terbabit, kelmarin yang juga salah sebuah kubu kuat militan terbabit di selatan negara itu.

“Ada dalam kalangan mereka yang berjaya melarikan diri, namun kami dimaklumkan mereka turut tercedera selain kehabisan peluru,” katanya lapor Reuters.

Kira-kira 10 militan menyusup masuk ke pulau berkenaan, pada bulan ini dan ia mendorong negara Barat mengeluarkan amaran perjalanan di kawasan itu. – MalaysiaGazette