=== PHOTO CAPTURED FROM FACEBOOK === DUTCH24. Photo: Simon Wong/ FACEBOOK.

HONG KONG – Seorang lelaki dan wanita ditahan di sebuah restoran bbq cara Jepun di Mong Konk apabila kedua-duanya bergaduh selepas wanita berkenaan enggan berkongsi pembayaran.

South China Morning Post melaporkan, lelaki berusia 37 tahun dan wanita berusia 38 tahun itu merupakan kenalan baharu menikmati yakiniku (makanan panggang cara Jepun) di Pusat King Wah, Jalan Nanthan pada Ahad malam.

Pada kira-kira 11.25 malam, kedua-duanya mula bertengkar apabila lelaki berkenaan meminta supaya bil makanan terbabit yang berharga HK$2,200 (RM1238.41) dikongsi bagaimanapun wanita tersebut enggan.

Pertengkaran tersebut telah menyebabkan pergaduhan fizikal sehingga polis terpaksa dipanggil untuk meleraikannya.

Lelaki tersebut ditahan kerana melakukan serangan dan menyebabkan kecederaan fizikal manakala wanita terbabit ditahan kerana serangan am.

Lelaki berkenaan mengalami kecederaan di hidung manakala wanita terbabit mengalami kecederaan di kaki.

Kedua-duanya dibawa ke hospital berdekatan.

Insiden ini telah menyebabkan netizen berbalah mengenai perkongsian bil semasa keluar temujanji.-MalaysiaGazette