Mustapa berpuas hati dengan kempen calon BN Kelantan dan setakat ini tidak berlaku kekacauan.
Mustapa berpuas hati dengan kempen calon BN Kelantan dan setakat ini tidak berlaku kekacauan.

GEORGETOWN – Industri elektrik dan elektrikal (E&E) berkembang sebanyak 20.6 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia mencapai kemajuan yang ketara dalam industri E&E sejak sedekad yang lalu telah memacu pertumbuhan perniagaan baharu dan mewujudkan bidang pekerjaan.

Malaysia adalah pengeksport ketujuh terbesar di dunia bagi produk-produk E&E, bernilai RM287.7 bilion pada tahun lalu, menjadikannya 36 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.

Prestasi produk-produk E&E pada tahun lalu katanya, hanya meningkat 1.5 peratus.

“Tetapi, prestasi dua bulan pertama sangat cemerlang,” katanya pada semasa menghadiri Pameran SEMICON Asia Tenggara 2017 di sini.

Katanya, unjuran pada tahun ini sekitar 5.0 peratus tahun ini.

Tambah beliau, pada tahun lalu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) telah meluluskan 88 projek M&E dengan pelaburan sebanyak RM1.54 bilion. – MalaysiaGazette