TOKYO – Jualan tempat perlindungan nuklear dan alat penulen udara yang menghalang radiasi meningkat di Jepun sejak beberapa minggu lalu ketika Korea Utara berhasrat meneruskan ujian peluru berpandu, dengan tidak mengendahkan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sebuah syarikat kecil yang membina tempat perlindungan nuklear, di bawah pembinaan kediaman, menerima lapan tempahan pada bulan ini berbanding enam tempahan sepanjang tahun sebelum ini.

Syarikat Oribe Seiki Seisakusho yang berpangkalan di Kobe, barat Jepun juga telah menjual 50 alat penulen udara buatan Switzerland yang dikatakan mampu menghalang radiasi dan gas beracun cuba mendapatkan lebih banyak bekalan, kata Pengarah syarikat itu, Nobuko Oribe.

Sebuah alat penulen udara yang direka untuk kegunaan enam orang dijual pada harga Yen 620,000 (AS$5,630) dan alat untuk kegunaan 13 orang yang pada kebiasaannya dipasang untuk kegunaan keluarga dijual pada harga Yen 1.7 juta (AS$15,440)

Kebimbangan terhadap serangan gas meningkat di Jepun selepas Perdana Menteri, Shinzo Abe memberitahu sesi Parlimen pada bulan ini bahawa Korea Utara mungkin mempunyai peluru berpandu yang dilengkapi gas saraf, sarin.

“Ia mengambil masa dan memerlukan wang untuk membina sebuah tempat perlindungan, namun apa yang kita dengar pada hari ini, dalam suasana tegang ialah mereka mahukannya sekarang.

“Mereka meminta kami datang terus dan berikan jangkaan bajet kepada mereka,” kata Oribe.

Sebuah lagi syarikat kecil, Earth Shift, yang berpangkalan di daerah Shizuoka, mencatatkan peningkatan berpuluh kali ganda dalam pertanyaan dan sebut harga untuk tempat perlindungan bawah tanah yang dibiananya, kata Pengurus Jualan syarikat itu, Akira Shiga.

Biangan pertanyaan mula meningkat secara berperingkat pada Februari dan ia datang dari seluruh jepun, katanya.

Korea Utara telah meningkatkan kekerapan pelancaran peluru berpandu. Pada bulan lalu, tiga peluru berpandunya jatuh di zon ekonomi eksklusif dalam perairan Jepun, kira-kira antara 300 kilometer hingga 350 kilometer dari pesisir pantai daerah Akita di utara Jepun.

Pada Jumaat lalu, kerajaan Jepun meminta pihak berkuasa tempatan mengadakan latihan pemindahan jika serangan peluru berpandu dilakukan, meningkatkan keperluan bertindak segera dalam kalangan orang awam.

Beberapa pemilik syarikat kecil telah membuat tempahan tempat perlindingan untuk kakitangan mereka dan selebihnya daripada orang perseorangan, kara Oribe. Sebuah tempat perlindungan nuklear yang boleh memuatkan sehingga 13 orang berharga Yen 25 juta (AS$227,210) dan ia mengambil masa selama empat bulan untuk dibina, katanya.

Syarikatnya menawarkan tempat perlindungan yang kukuh, kedap udara di bawah tanah dengan alat penulen udara yang boleh menghalang radiasi dan gas beracun. Bilik itu direka bagi menahan letupan, malah mampu bertahan jika bom nuklera yang dilepaskan di Hiroshima meletup hanya 660 meter daripadanya, kata Oribe.

Pada Ahad lalu, Korea Utara berkata, negara itu telah bersedia untuk menenggelamkan sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) bagi menunjukkan kekuatan ketenteraannya, isyarat terbaharu peningkatan ketegangan di rantau tersebut.

AS telah mengarahkan kapal, Carl Vinson belayar di perairan semenanjung Korea dalam tindak balas terhadap kekhuatirannya terhadap program nuklear dan peluru berpandu negara itu.
In Japan’s previous experience with sarin gas in 1995, members of a doomsday cult killed 12 people and made thousands ill in attacks on Tokyo subways.

Pada 1995, Jepun diserang gas sarin di stesen kereta api bawah tanah yang mengakibatkan 12 orang terkorban. – Reuters