Ahmad Yakub (dua dari kiri) pada majlis perasmian Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat di Alor Setar, Kedah

ALOR SETAR – Muktamar Dewan Ulama Pas hari ini melulus dan menerima usul bagi mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR.

Usul tersebut dibawa Dewan Ulama Pas Negeri Sembilan dan Dewan Ulama Pas Perak.

Usul tersebut dibentang oleh Mohd. Husaini wakil dari Dewan Ulama Negeri Sembilan.

Usul berkenaan mahu PKR menjadi anggota Pakatan Harapan (PH) dan mengekalkan hubungan dengan DAP yang jelas menentang perjuangan Pas.

Usul yang sama juga mendakwa PKR tiada semangat setiakwan kerana yang menerima keahlian anggota parlimen Parti Amanah negara (PAN) ketika masih lagi mempunyai hubungan tahaluf dengan Pas.

Menurut usul itu, pemimpin PKR juga tidak menghargai pengorbanan akar umbi Pas yang membantu mereka dalam pilihan raya lepas.

Bagaimanapun, Pengerusi jawatankuasa usul dewan ulama,  Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata tahaluf siyasi  tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama berdasar perlembagaan parti.- MalaysiaGazette

Comments are closed.