Kejayaan luar biasa Pas untuk mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, selain merampas Terengganu dan memenangi 18 kerusi Parlimen bukan sahaja menafikan ramalan awal parti itu akan kecundang habis-habisan, malahan ia telah membuka mata ramai penganalis.
Kejayaan luar biasa Pas untuk mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, selain merampas Terengganu dan memenangi 18 kerusi Parlimen bukan sahaja menafikan ramalan awal parti itu akan kecundang habis-habisan, malahan ia telah membuka mata ramai penganalis.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini mengesahkan presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah memulakan proses memfailkan prosiding fitnah terhadap portal Sarawak Report.

Dalam satu kenyataan, Takiyuddin berkata, fail saman itu telah pun diserahkan kepada Clare Rewcastle Brown selaku pengasas dan editor kepada Sarawak Report yang berpengkalan di London.

“Saman yang diambil oleh Presiden Pas adalah untuk mendapatkan sejumlah gantirugi dan suatu perintah injunksi (terhadap Sarawak Report) berikutan penyiaran satu artikel dalam website Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang bertajuk As Najib Denies All over 1MDB, Let’s Not Forget His Many other Criminal Connections.

“Artikel tersebut termasuklah kenyataan yang boleh difahami bahawa Presiden Pas secara peribadi telah menerima atau mendapat atau meluluskan penerimaan sejumlah besar rasuah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pertukaran untuk berkompromi dalam hal pendirian politik Pas,” katanya.

Takiyuddin berkata, segala tohmahan tersebut adalah sesuatu yang tidak benar sama sekali dna jelas merosakkan dan menjejaskan reputasi Abdul Hadi selaku Presiden Pas.

Bagi tujuan itu, Pas telah melantik peguam, Carter Ruck untuk mewakili beliau dalam prosiding berkenaan.

Terdahulu, Pas memintak Sarawak Report agar membuang artikel berkenaan dan menyiarkan permohohan maaf namun tidak dilayan Clare.

“Dengan mengambil kira keadaan fitnah yang amat berat ini, Presiden Pas tidak akan membiarkan tohmahan fitnah ini tanpa dicabar, dengan demikian tiada pilihan lain melainkan mengambil tindakan mahkamah di Mahkamah Tinggi London, bagi membetulkan keadaan yang menjejaskan reputasi beliau di Malaysia,” jelas Takiyuddin lagi.

Pas yang ketika ini sedang menjalankan Muktamar kali ke- 63 di Kedah juga bertindak melancarkan kutipan dana sebanyak RM5 bagi seorang ahli bagi membantu parti itu meneruskan saman terhadap akhbar atas talian Sarawak Report.

Ia dilancarkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ucaapan perasmian sidang Mukatamar Dewan Pemuda Pas ke-58.

Langkah itu diambil memandangkan parti itu tidak mempunyai dana mencukupi bagi membiayai kes saman tersebut. -MalaysiaGazette.