Home Ekonomi Indeks harga pengeluar Mac naik 9%

Indeks harga pengeluar Mac naik 9%

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan meningkat kepada 9.0 peratus pada Mac 2017 berbanding bulan sama tahun lalu.

Kenaikan tertinggi dicatatkan oleh indeks perlombongan (+33.3%) diikuti oleh pertanian, perhutanan dan perikanan (+13.8%), pembuatan (+6.7%), bekalan elektrik dan gas (+3.3%) dan bekalan air (+1.0%).

Bagaimanapun, Jabatan Perangkaan berkata, IHPR pengeluaran tempatan turun 1.5 peratus pada Mac 2017 berbanding Februari lalu.

Ini disebabkan oleh penurunan dalam tiga sektor iaitu pertanian, perhutanan dan perikanan (-8.5%), perlombongan (-2.6%) dan pembuatan (-0.7%).

Tetapi, bekalan elektrik dan gas meningkat (+0.3%) diikuti oleh bekalan air (+1.0%).

IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan turun 1.5 peratus pada Mac 2017 berbanding bulan sebelumnya.

Penurunan ini disebabkan oleh penyusutan dalam indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (-6.1%) dan bahan perantaraan, bekalan dan komponen (-0.7%) manakala barang siap naik 0.3 peratus. – MalaysiaGazette