Mohd Mokhtar Mohd Ghazali (tiga kiri) bergambar bersama sebahagian ahli koperasi Koperasi Gagasan Ekonomi Melayu Berhad (KoGEM) yang hadir pada Majlis Pelancaran dan Mesyuarat Penubuhan Pertama KoGEM di Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 28 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR -Koperasi Gagasan Ekonomi Melayu Berhad (KoGEM) meletakkan sasaran Kelab UMNO Luar Negara untk membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Melayu melebarkan pasaran ke peringkat global.

Pengaruh Kelab UMNO Luar Negara akan digunakan untuk melebarkan pasaran melalui pengaruh kerajaan.

Melalui penubuhan KoGEM, ahli koperasi akan mendapat manfaat tersebut.

Sehingga kini KoGEM mempunyai 50 orang ahli dan 250 usahawan IKS.

Selain menyediakan platform pasaran ke luar negara, KoGEM juga akan membimbing ahli untuk meneroka pasaran secara atas talian.

Yang Dipertua KoGem, Drs. Mohd Mokhtar Mohd Ghazali berkata, beliau berharap koperasi itu mendapat perhatian UMNO kerana ia dilihat senjata terbaik memenangi hati orang Melayu.

“Peluang ini perlu diambil UMNO untuk memenangi hati orang Melayu yang telah terasa hati dengan macam-macam isu,” ujar Mohd Mokhtar selepas merasmikan mesyuarat penubuhan KoGEM di Pusat Dagangan Dunia Antarabangsa (PWTC). – MalaysiaGazette