Home Dunia United American bayar pampasan penumpang diheret keluar pesawat

United American bayar pampasan penumpang diheret keluar pesawat

CHICAGO – Seorang doktor yang diheret keluar dari pesawat United American pada bulan lalu mendapat penyelesaian kewangan daripada syarikat penerbangan berkenaan.

Peguam Dr. David Dao berkata, jumlah bayaran yang diterima anak guamnya masih dirahsiakan.

“Ketua United American, Oscar Munoz berkata beliau akan melakukan perkara terbaik dan dia telah melaksanakannya,” kata peguam itu.

Dao telah diheret keluar daripada pesawat berkenaan selepas beliau enggan melepaskan tempat duduknya kepada kakitangan syarikat penerbangan berkenaan.

Ketika itu pesawat dari Chicago ke Kentucky telah terlebih tempah.

Dao enggan berganjak dari tempat duduknya kerana mempunyai temujanji dengan pesakitnya pada keesokan harinya.

Tindakan kakitangan syarikat berkenaan yang bertindak kasar terhadap Dao dirakamkan oleh penumpang dan tular dilaman media sosial telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Akibat dikasari, Dao patah hidung dan hilang dua batang gigi depan. Lebih buruk lagi anak guam itu masih trauma mengatasi pengalaman perang Vietnam yang dialami semasa muda.

Para penumpang United Airlines kini akan ditawarkan sehingga AS$10,000 (£ 7,700) untuk memberi tempat duduk mereka, antara perubahan dilakukan oleh syarikat berkenaan. – MalaysiaGazette