KUALA LUMPUR – Kebanyakan kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam sudah hampir pulih sepenuhnya.

Bekalan air ke kawasan-kawasan tersebut terjejas apabila paip utama pecah di belakang ELC International School di Sierramas Barat, Sg Buloh.

Setakat ini bekalan air di Klang dan Shah Alam sudah 100 peratus pulih, Kuala Lumpur (94%) dan Petaling (86%).

Kawasan yang sedang pulih di Kuala Lumpur termasuk sebahagian kawasan Bukit Damansara, Jln Setiabistari, Setiarasa,Setiaraya, Setiajaya, Medan Setia dan Jalan Setiamurni.

Manakala di Petaling, kawasan yang masih sedang pulih adalah sebahagian Kelana Jaya, sebahagian PJU10 & PJU1, Damansara Damai, Saujana Damansara, Damansara Utama, Damansara Jaya, Ara Damansara, sebahagian Subang Jaya, Jalan Klang Lama, Jalan Kuchai Lama, Desa Petaling, Sri Petaling dan sebahagian Sungai Besi.

Segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang mengalami tekanan air rendah ini.

Bekalan air bantuan masih dihantar melalui lori tangki air ke kawasan yang memerlukannya dan akan diteruskan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya. – MalaysiaGazette