NEW YORK – Harga minyak yang menurun pada minggu ini ditutup dengan harapan OPEC bersetuju untuk melanjutkan had pengeluaran bagi mengekang limpahan bekalan dalam pasaran.

Minyak Amerika Syarikat ditutup dengan menyaksikan kenaikan kepada AS$49.33 setong dan Brent juga meningkat kepada AS$51.73 setong.

Kedua-dua penanda aras itu mengakhiri dagangan mingguan dan bulanan dengan trend menurun.

Kontrak hadapan Brent bagi penghantaran Julai pula ditutup pada AS$52.05.

Jika OPEC bersetuju untuk melanjutkan perjanjian, limpahan bekalan bahan bakar dalam inventori global dijangka dapat dikawal menjelang pada akhir tahun ini, menurut Reuters.

Pengeluar-pengeluar minyak dunia itu akan mengadakan pertemuan pada bulan Mei ini untuk membincangkan polisi bekalan minyak dan Setiausaha Agung OPEC, Muhammad Barkindo berkata, pihaknya akan melihat inventori global minggu ini.

Perjanjian untuk mengehadkan pengeluaran minyak dunia yang turut disertai oleh Rusia berakhir Jun ini. – MalaysiaGazette