Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Bhd (Maybank) menawarkan faedah sifar peratus ke atas RM100,000 pertama pinjaman perumahan kakitangannya untuk kategori terpilih.

Tawaran itu berkuatkuasa pada 1 Julai ini, tersedia untuk pinjaman baharu dan semasa pekerja Kumpulan Maybank di Malaysia yang mempunyai gaji asas sehingga RM3,000 sebulan.

Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abd Manaf berkata, skim baharu itu adalah sebahagian daripada kajian berterusan perbankan itu untuk dimanfaatkan oleh
kakitangannya. – MalaysiaGazette