BARCELONA – Real Madrid dilaporkan akan menawarkan kepada Manchester United penjaga golnya, Keylor Navas sebagai pertukaran dengan David De Gea beserta yuran perpindahan dianggarkan antara 70£ hingga 75£ juta.

Menurut lawan web Don Balon, tawaran kelab Los Blancos itu  bagaimanapun tidak dipersetujui Jose Mourinho kerana beliau telah mempunyai ‘rancangannya’ yang tersendiri.

Mourinho dipercayai sudah menyasarkan Jan Oblak ataupun Kasper Schmeichel sebagai pengganti De Gea.

Tambahan pula penjaga gol kedua United, Sergio Romero juga mempunyai prestasi membanggakan bersama pasukan.

Pada masa sama, Mourinho masih berkeras ingin membawa James Rodriguez serta Alvaro Morata ke Old Trafford sebagai pertukaran tambahan. – MalaysiaGazette