Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.
Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.

KUALA LUMPUR – Pas mengecam keras-kerasnya tragedi pengeboman sebuah pasaraya di Muang, Selatan Thailand yang melibatkan 69 orang awam tercedera termasuk tiga orang parah.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, dalam keadaan krisis sekalipun Islam tidak membenarkan tindakan melampau sehingga merosakkan kepentingan awam dan menjejaskan imej Islam itu sendiri.

“Pas berpegang kepada dasar Islam mewajibkan memelihara keselamatan orang awam yang tidak terlibat dengan krisis.

“Islam menjamin keamanan bukan sahaja di kawasan orang Islam, bahkan di kawasan bukan Islam termasuk diplomat asing yang dijamin keselamatan oleh hukum Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas insiden letupan bom kereta yang mencederakan sekurang-kurangnya 60 orang di Pattani, selatan Thailand, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan itu, dua letupan dilaporkan berlaku secara berturut-turut di dua lokasi di pasar raya Big C.

Jurucakap polis, Krisana Pattanacharoen berkata, pihaknya kini sedang mengesan empat suspek yang telah dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya berkenaan yang menjadi sasaran kumpulan penyerang terbabit.

Pasar raya itu, yang 90 peratus pekerjanya adalah penduduk tempatan, ditutup sehingga 1 Jun ini untuk kerja-kerja pembaikan telah diserang dua kali pada tahun 2005 dan tahun 2012.

Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab bagi kejadian pada Selasa lalu.- MalaysiaGazette