Kongsi

PUTRAJAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dan pakar-pakar industri kewangan Islam akan menerbitkan Manual Tenaga Pengajar yang bakal menjadi rujukan piawaian syariah sebagai asas.

Manual itu bermatlamat membangunkan bakat-bakat berpotensi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam industri kewangan Islam.

Timbalan Gabenor BNM, Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata, usaha mewujudkan manual itu adalah bagi meluaskan capaian pengetahuan berhubung kewangan Islam yang melangkaui sistem kewangan dan akademik.

“Melalui manual ini juga dapat membantu mempertingkatkan kepekaan dan pengetahuan masyarakat berhubung konteks syariah dan keperluan operasi,” jelas Shaik Abdul Rasheed.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muzakarah Cendiakawan Shariah Nusantara ke-11 selama dua hari di sini.

Shaik Abdul Rasheed memberitahu, manual itu akan diterjemahkan dalam beberapa bahasa utama seperti Inggeris, Arab, Perancis dan Turki. – Malaysiagazette

Tinggalkan Jawapan