Sesi penggambaran filem Dubai My Love dijalankan di Dubai.

KUALA LUMPUR – Filem Dubai My Love bakal memberi kejutan kepada penonton apabila ditayangkan kerana mempunyai dua babak penamat yang berbeza.

Malah pengarah filem itu, Aidilfitri Mohamed Yunos berkata, barisan pelakonnya sendiri pun tidak tahu bagaimana penamat filem Tsar Asia Sdn. Bhd.

“Selain babak penamat itu, saya mengekalkan elemen yang romantik lebih mendalam yang mampu menyentuh emosi  penonton dengan ilustrasi cinta  yang sebenar dipaparkan dalam filem ini.

“Filem ini juga sangat istimewa untuk saya kerana jalan cerita ada tarikan tersendiri untuk ditulis,” jelas Aidilfitri yang sudah mengarah lebih 18 tahun.

Aidilfitri Mohamed Yunos
Aidilfitri Mohamed Yunos

Dubai My Love mengisahkan Amar yang membawa diri ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)  untuk membina hidup baharu setelah kecewa ditinggalkan  pada hari perkahwinannya.

Luka lama kembali berdarah apabila seorang wanita misteri muncul secara tiba-tiba yang  mengaku memiliki rahsia hidup Amar.

Misteri mula timbul untuk mengetahui siapakah wanita tersebut dan kenapa dia muncul dalam hidup Amar.

Filem itu mempertaruhkan gandingan muka baharu antaranya pelakon yang semakin meningkat naik namanya dan berbakat besar seperti Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Ben Ali dan Fazreen Fazera.

_MG_8514
Putri Najuwa

Penggambaran Dubai My Love  dilakukan di beberapa lokasi di Malaysia dan Dubai dengan mendapat kerjasama daripada pihak Dubai Tourism.

Kerjasama yang terjalin ini membolehkan penggambaran dijalankan di banyak lokasi menarik di Ameriyah Arab Bersatu (UAE).

Antaranya adalah Atlantis The Palm, The Gold Souk, Dubai Marina, Pantai Jumeirah danmenara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa serta Padang Pasir Safari.

Sementara itu, Aidilfitri merupakan pernah mengarah drama seram seperti Mantera Anjasmoro dan filem Aku Haus Darahmu.

Beliau juga popular menerusi siri drama Rindu Awak 200% lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin yang kuat dengan elemen cinta dan romantik.

Erwin Dawson
Erwin Dawson

Dalam pada Tsar Asia merupakan syarikat produksi tempatan yang berpengalaman luas dalam menerbitkan drama berkualiti, dokumentari, filem, filem pendek dan banyak lagi.

Sebelum ini, syarikat tersebut pernah menerbitkan siri televisyen terkenal seperti Lost At Sea, Strange Encounters,  dan Aku Ada Wali.

Dubai My Love  akan menemui penonton pada September ini.

Untuk maklumat lanjut  boleh layari laman sosial Facebook: (fb.com/DubaiMyLoveMovie ) atau Instagram: (dubaimylove_themovie). – MalaysiaGazette

Ben Ali
Ben Ali