Kertas undi awal tidak dikira awal seperti tular dalam media sosial
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut akan diadakan pada 4 Julai depan sementara tarikh penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun.

Perkara itu diumum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah selepas satu mesyuarat khas diadakan hari ini.

Tiada pengundian awal akan dijalankan dalam PRK kali ini.

SPR menerima notis kekosongan kerusi DUN Pujut daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amor Mohamad Asfia Awang Nassar pada 16 Mei lalu.

Pada 12 Mei lalu, DUN Sarawak telah meluluskan usul melucutkan kelayakan Dr. Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat dari DAP kerana mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

Usul pelucutan tersebut dibawa oleh Menteri Kewangan II Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh yang mendakwa Ting memegang dua kewarganegaraan.

Bagaimanapun, Ting mendakwa sudah melepaskan kerakyatan Australia, sebelum pilihan raya negeri tahun lepas. – MalaysiaGazette