Suspek dipercayai menembak seorang wanita menggunakan pistol di sebuah rumah di Kampung Kakai Serian pukul 3.15 petang tadi.

KUALA LUMPUR – Polis Sarawak telah menahan pegawainya berpangkat Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga bagi membantu siasatan satu kes bunuh di Serian, petang tadi.

Pusuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek telah ditahan di sebuah pasar raya di Matang.

Suspek dipercayai menembak seorang wanita menggunakan pistol di sebuah rumah di Kampung Kakai Serian pukul 3.15 petang tadi.

Jelasnya berdasarkan maklumat awal, suspek masuk ke bilik mangsa yang dikenali sebagai Christie dan telah melepaskan satu das tembakan sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis sedan berwarna putih.

Mangsa dipercayai teman wanita suspek kerana tiada rekod mereka berkahwin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.