Suspek dipercayai menembak seorang wanita menggunakan pistol di sebuah rumah di Kampung Kakai Serian pukul 3.15 petang tadi.

KUCHING – Seorang ketua balai polis di Belaga, Sarawak bertindak menembak kekasihnya yang sedang mengandung.

Suspek melakukan tindakan kejam itu kerana dipercayai marah selepas dimaki oleh kekasihnya.

Suspek meninggalkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan melarikan diri dengan kereta.

Polis yang menerima laporan mengenai kes bunuh itu bagaimanapun berjaya menahan suspek selepas enam jam.

Kejadian bunuh itu berlaku di sebuah kediaman di Serian, Kuching pada pukul 3.15 petang pada Ahad apabila suspek menambak kekasihnya dengan menggunakan pistol polis.

China Press melaporkan, mangsa telah memarahi suspek yang ketagihan alkohol pada Sabtu, iaitu sehari sebelum kejadian pembunuhan berlaku.

Suspek yang berumur 30-an telah memasuki rumah mangsa pada Ahad dan terus menembak kekasihnya.

Kejadian pembunuhan itu telah disaksikan oleh ibu kepada mangsa yang berada di dalam rumah yang sama. – MalaysiaGazette