NEW YORK – Harga minyak melonjak semalam berikutan keyakinan pasaran persetujuan pengeksport-pengeksport utama akan melanjutkan bekalan pada minggu ini.

OPEC dan bukan pengeluar termasuk Rusia akan bertemu di Vienna pada 25 Mei ini untuk melanjutkan pengurangan bekalan minyak sebanyak 1.8 juta tong sehari selama sembilan bulan lagi.

Spekulasi yang berlegar-legar itu memacu harga minyak kepada paras tertinggi lebih daripada sebulan.

Niaga hadapan Brent melonjak kepada AS$53.87 setong dan West Texas Intermediate (WTI) bagi Jun naik kepada AS$50.73 setong.

Kedua-dua kontrak bersama niaga hadapan WTI bagi penghantaran Julai ditutup tinggi sejak 18 Julai.

Penanda aras bagi kedua-duanya melonjak bagi lapan kali dalam sembilan hari terakhir dagangan, meningkatkan kontrak kira-kira 16 peratus daripada lima bulan terendah awal bulan ini.

“Keputusan untuk melanjutkan pengurangan hampir dipersetujui,” kata Bjarne Schieldrop, Ketua Penganalisis Komoditi di SEB. – MalaysiaGazette