Khairy Jamaludddin.

PETALING JAYA – Dakwaan ugutan bunuh ke atas Ketua Penerangan UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Syed Rosli Jamalullail dipercayai didalangi oleh kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO tidak berasas.

Demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sambil menyifatkan Syed Rosli sebagai seorang lelaki tidak waras dan mempunyai sejarah dalam salah laku pemalsuan dan penipuan.

“(Ancaman bunuh) sudah tentu tidak (lakukan). Jangan buang masa dengan sikap begini

“Dia lelaki gila, (malah) gelarkan saya macam-macam. Malam tadi dia gelar saya Mat Bangla di Twitter. Saya rasa lelaki ini ada sesuatu tak kena dengan dia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Grab Rakan Utama Penyediaan Perkhidmatan Panggilan Kereta Bagi Acara Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-29 di sini, hari ini.

Beliau mengulas status terbaru Syed Rosli di akaun Twitternya semalam yang menggelarnya Mat Bangla dan tindakannya yang mahu membuat laporan polis ke atas Khairy Jamaluddin berkaitan ancaman bunuh terhadapnya dan keluarga.

Syed Rosli dijangka membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ampang Jaya, Ampang jam 3 petang ini. – MalaysiaGazette