LONDON – Malang berterusan menimpa David Moyes apabila dia akhirnya melepaskan jawatan sebagai pengurus Sunderland selepas kelab itu tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris.

Kelab itu mengumumkan perletakan jawatan pengurus dari Scotland yang berusia 54 tahun itu pagi tadi.

Moyes hadir denganĀ  menggantikan Sam Allardyce pada Julai tahun lalu.

Namun dia bergelut menyelamatkan Sunderland apabila hanya meraih 16 mata musim ini serta berada di kelompok tercorot liga.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pengerusi kelab dan lembaga pengarah kerana memberikan peluang mengendalikan Sunderland.

“Tidak lupa juga kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan tanpa jemu, ” kata Moyes dalam satu kenyataan.

“Saya berharap pengganti saya akan membawa kelab kembali ke Liga Perdana,” katanya dalam satu kenyataan.

Sunderland tersingkir ke Liga Kejuaraan selepas 10 tahun berada di liga utama dan kedudukan itu disahkan selepas mereka tewas 1-0 kepada Bournemouth di laman sendiri, bulan lalu. – MalaysiaGazette