Jermain Defoe

DORSET – Jermain Defoe memilih Bournemouth secara perpindahan percuma dengan kontrak bernilai 130,000 pound sterling seminggu.

Penyerang England itu meninggalkan Sunderland  selepas tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengaktifkan klausa dalam kontraknya.

Penghijrahan Defoe itu berikutan pengumuman peletakan jawatan David Moyes selaku pengurus Sunderland semalam selepas kelab itu hanya memenangi enam daripada 38 perlawanan EPL musim ini.

The Mirror melaporkan pemain berusia 34 tahun itu akan menandatangani kontrak bernilai 6 juta pound sterling setahun.

Ketika bersama West Ham, Defoe cemerlang sepanjang tempoh pinjaman pada musim 2000-2001 dengan menjaringkan 18 gol dalam 29 penampilan.

Defoe turut pernah berhijrah ke Tottenham dari West Ham pada 2004 selain turut beraksi bersama Portsmouth dan Toronto FC sebelum menyertai Sunderland. – MalaysiaGazete