Foto Instagram Sharifah Sakinah

KUALA LUMPUR  – Pelakon Sharifah Sakinah bergelar ibu selepas selamat melahirkan anak sulung menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Bayi perempuan itu diberi nama Anais Adha dan lewat dua minggu daripada tarikh jangkaan bersalin.

Kelahiran anak pertama Sakinah, 27, itu dimaklumkan kakaknya, Sharifah Shahira, menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“(Bayi) dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha.

“Dilahirkan menerusi kaedah pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah overdue lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.

“Alhamdulillah, mak dan ayah dapat cucu ke-17. Mak ayah Aliff pula menyambut cucu yang pertama,” kongsi Shahira sebelum posting itu dipadamkan tidak lama kemudian.

Sakinah dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Mac 2015. – Malaysia