Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) mengesahkan penilaian bebas ke atas tanah ladang kelapa sawitnya di Kalimantan Barat, Indonesia tidak ada kesan pembasmian hutan seperti membakar atau pembalakan.

Syarikat perladangan kelapa sawit terbesar negara itu menjawab tuduhan yang dibuat oleh Chain Reaction Research dan rakan kongsinya, Aidenvironment kepada Bursa Malaysia.

Menurut FGV, penilai bebas yang berpangkalan di Indonesia mendapati tiada pembasmian hutan berlaku terhadap hutan semula jadi di tanah PT Temila Agro Abadi (PT TAA).

Hutan semulajadi PT TAA telah habis musnah dalam kebakaran teruk pada tahun 1980-an dan 1997 serta diikuti oleh operasi pembalakan oleh syarikat-syarikat pembalakan dan masyarakat setempat, sebelum tanah berkenaan diambil alih oleh FGV.

“FGV mematuhi Prosedur Penanaman Baharu Meja Bulat Kelestarian Minyak Sawit (RSPO) 2010 dan mendapatkan kesemua kelulusan yang diperlukan daripada pihak berwajib Indonesia berhubung pembangunan tanah PT TAA yang bermula pada akhir 2014,” katanya.- MalaysiaGazette