28th SEA Games Singapore 2015 - National Stadium, Singapore - 11/6/15 Athletics - Men's Discus - Final - Malaysia's Muhammad Irfan Shamshuddin in action SEAGAMES28 Mandatory Credit: Singapore SEA Games Organising Committee / Action Images via Reuters

KUALA LUMPUR – Atlet olahraga negara, Muhammad Irfan Shamsuddin terus mempamerkan aksi luar biasa apabila memperbaharui lagi rekod kebangsaan di Eropah bagi acara lempar cakera dalam tempoh seminggu.

Irfan, 22, berjaya mencipta rekod apabila melakukan lemparan sejauh 62.55 meter pada Kejohanan Olahraga Austrian di Linz, Austria, semalam.

Sebelum itu pada Selasa lalu, Muhammad Irfan memecahkan rekod baharu kebangsaan di di Turnov, Republik Czech dengan catatan 61.56 meter pada Kejohanan Ludvik Danek Memorial.

Dua hari sebelum itu, pada Kejohanan Olahraga Hallesch Werfertage di Halle, Jerman Ahad anak kelahiran Negeri Sembilan berjaya melakukan catatan rekod baharu 61.10 meter.

Rekod lama kebangsaan milik Muhammad Irfan sebelum ini adalah sejauh 59.29 meter yang dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Slovak Clubs di Samorin, Slovakia pada 11 Jun 2016.

Pencapaian kali ketiga Muhammad Irfan di Linz, Austria ini jelas jauh mengatasi catatan pemegang rekod Sukan SEA Wong Tuck Yim iaitu 59.50 meter yang dicipta pada Sukan SEA Brunei 1999 Bandar Seri Begawan.

Muhammad Irfan adalah pemenang pingat emas lempar cakera lelaki di temasya Sukan SEA Myanmar pada 2013 dan Singapura, 2015. – MalaysiaGazette