Marco Silva telah membuat keputusan untuk berundur sebagai Ketua Jurulatih Hull City selepas kelab itu tersingkir dari saingan EPL musim ini. SkySports

ENGLAND – Marco Silva hari ini mengumumkan beliau akan berundur sebagai Pengurus Hull City berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat selepas Hull City tersingkir dari Liga Perdana Inggeris bersama Sunderland dan Middlesbrough pada Ahad lalu.

Silva, 39 tahun merupakan bekas Ketua Jurulatih Sporting Lisbon dan Olympiacos.

Silva mengambil tugas sebagai Pengurus Hull City di Stadium KCOM pada Januari lepas.

Pelantikan itu dibuat selepas Mike Phelan dipecat kelab itu.

Bagaimanapun, Silva mengambil alih tugas itu dengan kontrak bersyarat yang mempunyai klausa pelepasan yang membenarkannya meninggalkan Hull ekoran kelab itu tersingkir dari EPL.

Kelmarin Silva pulang dari bercuti di Portugal dan Switzerland untuk membincangkan masa depannya dengan Pengerusi Hull City Ehab Allam.

Bagaimanapun sumber SkySport difahamkan Silva bersedia sudah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab itu.

Kelab FC Porto yang sudah memecat pengurusnya Nuno Espiritio Santo Isnin lepas turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Silva.

Watford dan Crystal Palace yang masing-masing turut berminat terhadap khidmat Silva selepas Walter Mazzarri dan Sam Allardyce meninggalkan kelab itu.

Silva dikatakan membuat keputusan itu selepas mengakui gagal menyelamatkan the Tigers untuk terus kekal dalam saingan EPL musim depan.

Silva tidak dapat membawa impak besar kepada Hull City apabila hanya menang enam perlawanan musim lalu.

Para penyokong Hull City mahu Silva terus kekal bersama kelab itu tetapi Silva dilaporkan mencari peluang baharu bersama kelab lain. – MalaysiaGazette