Wayne Rooney ditinggalkan skuad England menjelang aksi kelayakan piala dunia 2018 Jun ini. - SkySports

ENGLAND – Jurulatih England, Gareth Southgate mempertahankan tindakannya menyingkir Wayne Rooney daripada skuad kebangsaan negara itu.

Namun, dia enggan menolak peluang bintang itu terus berada dalam skuad itu.

SkySports mendedahkan bahawa Kapten England dan Manchester United itu tidak dimasukkan dalam senarai pasukan 25 pemain utama yang dikeluarkan Southgate.

Rooney juga telah ditinggalkan Southgate dalam perlawanan menentang Jerman dan Lithuania pada Mac lalu.

Pengurus England itu sekali lagi bertegas tidak mahu memilih pemain berusia 31 tahun itu.

Southgate sebaliknya memberi keutamaan kepada Harry Kane, Marcus Rashford, Jamie Vardie dan Jermain Defoe di barisan serangan skuad kebangsaan.

England akan berdepan Scotland menjelang Pusingan Kelayakan Piala Dunia Russia 2018 di Hampden Park pada 10 Jun ini sebelum aksi persahabatan menentang Perancis di Paris tiga hari kemudian.

“Kita mempunyai ramai pemain yang berupaya beraksi cemerlang di posisi Rooney. Sebelum ini saya pernah mejelaskan bahawa dia (Rooney) kurang beraksi dalam perlawanan, berbanding sekarang tetapi kami mempunyai pemain jauh lebih baik iaitu Adam Lallana dan Dele Alli.

“Kami mempunyai Marcus Rashford, Harry Kane dan Jamie Vardy berada dalam prestasi terbaik ketika ini.

“Mereka berhak kekal bersama skuad kebangsaan,” tegas Southgate lagi.

Jurulatih itu juga mengesahkan masih ada peluang memilih pemain yang mampu menunjukkan prestasi cemerlang seperi Defoe yang masih berbisa pada usia 34 tahun.

“Namun, Wayne Rooney tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana musim EPL baru sahaja melabur tirai saya pasti Rooney akan kembali bersama skuad England musim depan,” ujarnya. – MalaysiaGazette