Kuala Lumpur- Selepas 11 tahun memerah sepenuh tenaga dan idea di Bank Islam Malaysia Bhd., (BIMB Holdings), Pengarah Urusan, Datuk Seri Zukri Samat akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada 1,500 warga institusi perbankan Islam pertama di Malaysia hari ini.

Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samat beramah mesra bersama kakitangan yang hadir pada majlis perpisahannya yang berangkat pulang buat kali terakhir selepas berkhidmat selama 11 tahun di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 26 MEI 2017.

Sebelas tahun lalu, Zukri dilantik untuk menerajui serta memulihkan bank tersebut yang sedang mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion dan secara teknikalnya boleh diisytiharkan muflis.

Seorang kakitangan sebak menahan kesedihan pada majlis perpisahan Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samat yang berangkat pulang buat kali terakhir selepas berkhidmat selama 11 tahun di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 26 MEI 2017.

Di hari terakhir beliau, Zukri sempat meluangkan masa untuk solat Jumaat di Menara Bank Islam, Jalan Perak, Kuala Lumpur sebelum mengadakan mesyuarat bersama pasukan pengurusan.

Beliau juga sempat memberikan amanat terakhir kepada para petugas BIMB sebelum meninggalkan menara berkenaan.

Diangkat sebagai hero, Zukri pastinya dirindui oleh warga BIMB selepas ini.

Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samat melambai tangan kepada kakitangan Bank Islam yang hadir pada majlis perpisahannya yang berangkat pulang buat kali terakhir selepas berkhidmat selama 11 tahun di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 26 MEI 2017.

Beliau akan mula bercuti hari ini sehingga tarikh persaraan iaitu pada 8 Jun nanti. – MalaysiaGazette