Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dunia dikhuatiri mengalami lebihan bekalan yang besar jika OPEC berterusan mengurangkan bekalan bahan bakar itu sehingga Mac tahun depan.

Pertubuhan 14 anggota itu bersama 10 anggota bukan OPEC bersetuju pada Khamis lalu untuk meneruskan pemotongan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari.

“Kami tidak menjangkakan OPEC akan memanjangkan tempoh pengurangan itu lebih daripada tempoh sekarang,” Martijn Rats, ketua pasukan penyelidikan minyak dan gas Eropah di Morgan Stanley.

Menurutnya, pengurangan pengeluaran OPEC hanya mempunyai jangka hayat yang terhad.

Pematuhan pengurangan pengeluaran minyak oleh OPEC adalah tinggi iaitu 96 peratus, menurut laporan minyak Mei oleh Agensi Tenaga Antarabangsa.

Tetapi dalam dalam note penyelidikannya, Rats berkata, beliau bimbang tentang perkara yang akan berlaku sekiranya perjanjian itu ditamatkan.

“Jika pertumbuhan minyak syal terus kukuh, pasaran akan mengalami lebihan bekalan semula,” katanya.

Berikutan keputusan OPEC itu, Morgan Stanley menyemak semula harga West Texas Intermediate untuk akhir tahun 2018 kepada AS$55 setong berbanding AS$60 setong dan unjuran bagi akhir tahun 2020 kepada AS$60 setong berbanding sekitar AS$70 hingga AS$75 setong.

Rats berkata, pengurangan minyak oleh OPEC hanya efektif jika ia menyokong keseimbangan semula yang sudah mengambil tempat dan itulah yang berlaku semasa mesyuarat OPEC pada bulan November lalu.

Pada masa itu, kadar pengeluaran bukan OPEC telah jatuh pada kadar kira-kira 700,000 tong sehari, manakala permintaan global telah berkembang sekitar 1.5 juta tong sehari, tahun ke tahun, dan inventori boleh dilihat menurun sebanyak kira-kira 1.2 juta tong sehari , katanya.

Pengurangan output sepatutnya “mempercepatkan pemulihan inventori” agar kembali kepada purata lima tahun, kata Rats.

Purata sepatutnya berada pada sekitar 2.7 bilion tong, tetapi kini berjumlah kira-kira hanya lebih 3 bilion, menurut laporan.

Menurut Rats, sepatutnya bukan bagaimana pengurangan itu dilaksanakan kerana Amerika Syarikat, yang tidak mengambil bahagian dalam perjanjian itu, telah “bertindak balas dengan mengaktifkan semula 246 pelantar sejak November 2016, mendorong peningkatan lebih daripada 50 peratus dalam kiraan pelantar minyak.

Pada hari Jumaat lalu, data dari Baker Hughes BHI mendedahkan peningkatan sebanyak 1.11 peratus dalam bilangan pelantar penggerudian minyak di Amerika Syarikat, walaupun saiz kenaikan itu adalah paling kecil setakat ini tahun ini.

Pengeluaran daripada ahli bukan OPEC, termasuk Amerika Syarikat, telah “sudah kembali kepada pertumbuhan tahun ke tahun dan dijangka meningkat pada 2018,” kata Rats. – MalaysiaGazette