Ketua Pemasaran Google Malaysia, Jhon Day (tengah) bergambar bersama Presiden Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA), Margaret Au Yong (kiri) dan Pengarah Komunikasi Korporat, L'Oreal Malaysia, Jean Loh (kanan) ada sidang media mengenai Google Ignite sebuah program latihan industri untuk mahasiswa yang dikendalikan oleh Google Malaysia di Google Malaysia, Menara Axiata, KL Sentral, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Google Malaysia, Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) dan Jobstreet.com mensasarkan 1,000 pelajar untuk menyertai Google Ignite, sebuah latihan pemasaran digital yang menerapkan latihan industri tahun ini.

Program tersebut memberi fokus kepada pembangunan kemahiran digital di atas platform Google.

Menurut Ketua Pemasaran Google Malaysia, Jon Day, setakat ini hanya terdapat 270 tempat untuk pelajar menjalani latihan industri di beberapa agensi digital dan penjenamaan terbesar di Malaysia.

Ketua Pemasaran Google Malaysia, Jon Day bercakap pada sidang media mengenai Google Ignite sebuah program latihan industri untuk mahasiswa yang dikendalikan oleh Google Malaysia di Google Malaysia, Menara Axiata, KL Sentral, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 MEI 2017.

“Pelajar yang tidak berjaya mendapatkan tempat masih boleh mendapat latihan dan pensijilan daripada Google yang mampu membuatkan mereka menepati kehendak agensi digital dan penjenamaan pada masa akan datang,”katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Presiden MAA, Margaret Au-Yong berkata, pengiklanan digital melonjak kepada 19 peratus pada tahun ini berbanding sembilan peratus lima tahun lalu.

Ini sekali gus menyebabkan penguasaan perbelanjaan iklan (Adex) bagi segmen media cetak dan televisyen merosot kepada 20 sehingga 25 peratus dan beliau menjangkakan dalam tempoh kurang tiga tahun, media digital mampu mengatasi media cetak dan televisyen.

Jumlah keseluruhan adex bagi tahun ini adalah RM5 bilion kata Margaret.

Presiden Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA), Margaret Au Yong bercakap pada sidang media mengenai Google Ignite sebuah program latihan industri untuk mahasiswa yang dikendalikan oleh Google Malaysia di Google Malaysia, Menara Axiata, KL Sentral, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 MEI 2017.

“Disebabkan ini kami bekerjasama dengan Google dan Jobstreet.com buat kali ketiga bagi memastikan setiap siswazah yang keluar daripada universiti nanti mampu memenuhi keperluan industri yang sedang berkembang pesat,” katanya.

Terdapat enam universiti yang mengambil bahagian di bawah program tersebut iaitu Universiti Teknologi MARA, INTI International University, Universiti Tunku Abdul Rahman, Sunway Monash University, Universiti Multimedia Malaysia dan Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman.

Ketiga-tiga penganjur merancang untuk mendapatkan penglibatan lebih institusi pengajian tinggi (IPT) terutamanya IPT awam.- MalaysiaGazette