Polis sedang memeriksa kawasan kejadian di Wikayah Guizhou. foto Agensi

BEIJING – Seorang pesakit mental yang mengamuk bertindak menikam dua orang mangsa dan mencederakan 18 lagi.

Lelaki berumur 30 tahun itu kini berada dalam tahanan polis selepas serangan di Wilayah Guizhou, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Kesemua 20 orang mangsa dikejarkan ke hospital sejurus selepas seragan itu, namun dua orang dilaporkan meninggal dunia.

Kejadian serangan seumpama itu bukan luar biasa di China.

Januari lalu, seorang lelaki yang bersenjata pisau dapur menikam 11 orang kanak-kanak di tabika di China.

Pada Februari tahun lalu, seorang penyerang yang menggunakan pisau mencederakan 10 kanak-kanak di Haikou, di wilayah selatan Pulau Hainan, sebelum membunuh diri.

Pada 2014, seorang lelaki menikam tiga kanak-kanak dan seorang guru sehingga mati dan mencederakan beberapa yang lain ketika mengamuk apabila sebuah sekolah rendah enggan menerima pendaftaran anak perempuannya.

Diikuti kejadian Mac 2013, yang mana seorang lelaki membunuh dua saudara-mara dan kemudian menetak 11 orang, termasuk enam kanak-kanak di luar sebuah sekolah di pusat perdagangan China Shanghai. – MalaysiaGazette