Abdul Rani Kulup Abdullah
Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah

KUALA LUMPUR – Sekumpulan NGO yang diketuai Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) hari ini menggesa agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap The Star.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tujuan kumpulan NGO itu membuat laporan polis hari ini supaya pihak berkuasa membuat siasatan terhadap laporan berita yang disiarkan oleh The Star.

“Kami buat laporan polis ke atas akhbar The Star yang mengatakan ada pengganas di Malaysia ini. Saya tak nak kata The Star ini biadap, pada saya yang biadap sebenarnya adalah orang-orang di KDN.

“Termasuk isu Nanyang Siang Pau baru-baru ini yang menghina RUU355 dan orang Islam di negara ini, tapi KDN tak ambil tindakan pun. Akhbar ni tak biadap, yang biadap KDN sebab tak ambil apa-apa tindakan.

“Sudah tahu mereka menghina dan mengatakan orang Islam ni pengganas, tapi tak ambil tindakan, kepala otak kau (KDN). Kami gesa KDN ambil tindakan, siasat, tutup akhbar ini,” ujarnya.

Hari ini juga, PERKASA dijadualkan memberi memorandum di pejabat KDN di Putrajaya berkenaan isu yang sama.

Dalam satu kenyataan semalam, PERKASA mengutuk laporan The Star yang dikatakan tidak peka dengan sensitiviti umat Islam di negara ini meskipun sudah menjalankan operasi selama berpuluh tahun.

Semalam, akhbar The Star dikecam teruk di laman-laman media berikutan laporannya berkenaan aktiviti pengganas yang menggunakan gambar sekumpulan lelaki muslim menunaikan solat secara berjemaah sebagai gamabar latar. – MalaysiaGazette

Comments are closed.