SPRM

PUTRAJAYA – Seorang ketua jabatan siasatan jenayah daerah di Melaka yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka dibebaskan dengan ikat jamin.

Beliau yang berusia 49 tahun itu telah ditahan reman selama tujuh hari sejak 22 Mei lalu.

Majistret Nik Tsfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membebaskan suspek dengan ikat jamin sebanyak RM50,000.

Seramai 13 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – MalaysiaGazette