Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak naik sedikit berikutan pasaran kekal berhati-hati dengan kenaikan dalam aktiviti penggerudian Amerika Syarikat yang menjejaskan usaha OPEC mengurangkan bekalan minya.

Dagangan lemah kerana cuti umum di China, Amerika Syarikat dan Britain.

Pasaran minyak masih tidak menentu disebabkan ketidakpastian langkah pengurangan bekalan oleh OPEC dan pengeluar lain mampu menyokong harga minyak.

Niaga hadapan Brent naik 0.2 peratus kepada AS$52.29 setong. Brent susut hampir 3.0 peratus minggu sebelumnya. West Texas Intermediate (WTI) pula naik AS$0.19 kepada AS$49.99 setong.

OPEC dan negara-negara bukan pengeluar melanjutkan pengurangan bekalan kira-kira 1.8 juta tong sehari sehingga Mac tahun depan.

Perjanjian pengurangan bekalan yang dibuat pada tahun lalu berakhir pada Jun ini.

“Harga melantun sedikit berbanding Khamis lalu apabila ia susut dengan ketara,” kata James L. Williams, ahli ekonomi tenaga WTRG Economics di Arkansas.

Menurut beliau, paras pengeluaran semasa sembilan bulan tidak mencukupi memenuhi matlamat OPEC untuk menyeimbangkan bekalan, yang mana ia menghadkan harga untung.

Penganalisis Commerzbank, Carsten Fritsch berkata, pergerakan harga adalah lebih sedikit daripada ‘gangguan antara hari’.

Setakat ini, pengurangan bekalan masih belum dapat meningkatkan harga minyak melepasi AS$50 setong. – MalaysiaGazette