Shahril Ridza Ridzuan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2017 dengan pendapatan pelaburan sebanyak RM11.79 bilion dipacu oleh rosot nilai yang rendah.

Pendapatan KWSP meningkat 73.9 peratus berbanding RM6.78 bilion pada suku sebelumnya.

Nilai aset pelaburan KWSP mencapai RM747.17 bilion, naik 2.2 peratus atau RM16.06 bilion dari 31 Disember 2016.

KWSP berkata, daripada jumlah aset pelaburannya sejumlah RM352.73 atau 47.2 bilion adalah pelaburan patuh Syariah manakala bakinya dilaburkan dalam aset-aset bukan Syariah.

Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, kedua-dua pasaran domestik dan global meningkat dengan ketara berbanding dengan suku pertama tahun lepas.

FBM KLCI meningkat 6 peratus didorong oleh pertumbuhan dalam sektor perbankan, manakala indeks global yang bertambah baik sebanyak 12 peratus, perbezaan ketara dari persekitaran pasaran tahun lalu.

“Keadaan pasaran yang positif kondusif untuk aktiviti pengambilan untung yang membawa kepada pendapatan pelaburan kasar yang lebih tinggi dalam suku pertam 2017 dan rosot nilai terjejas bersih juga lebih rendah,” katanya di sini.

Selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 139) itu, KWSP mencatatkan kecacatan bersih yang lebih rendah dari RM1.64 bilion kepada RM775.92 juta tahun ini, turut RM865.08 juta berikutan peningkatan dalam semua pasaran utama.

“Walaupun kita mempunyai satu suku pertama yang menggalakkan, KWSP tetap berhati-hati dalam bergerak ke hadapan memandangkan pemulihan harga komoditi kekal lemah dengan turun naik mata wang yang berterusan,” kata Shahril.

Pada suku pertama 2017, ekuiti mewakili 41.76 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, menyumbang RM7.10 bilion, mewakili 60.2 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan bagi suku tahun.

Ia adalah 178.6 peratus lebih tinggi daripada RM2.55 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama pada 2016.

Pemulihan dalam sektor perbankan menyumbang kepada kira-kira 30 peratus daripada perdagangan dan dividen pendapatan bagi portfolio pada suku ketiga.

Pelaburan luar negara KWSP mewakili 29 peratus daripada keseluruhan pelaburan aset dan menyumbang 37 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan yang dicatatkan pada suku pertama 2017.

Setakat Mac 2017, sejumlah 49.08 peratus daripada aset pelaburan KWSP adalah dalam instrumen pendapatan tetap, terus memberikan pendapatan yang konsisten dan stabil.

Suku pertama menyaksikan pelaburan pendapatan tetap mencatatkan pendapatan sebanyak RM4.07 bilion bersamaan dengan 34.6 peratus daripada pendapatan pelaburan suku tahun.

Pendapatan daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan setaraf pada suku tersebut meningkat 3.67 peratus atau RM68.56 juta, kepada RM1.94bil berbanding RM1.87 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pinjaman dan bon pula menjana pendapatan pelaburan RM2.14 bilion berbanding dengan RM1.87 bilion pada suku pertama 2016.
Pelaburan dalam instrumen pasaran qang serta hartanah dan infrastruktur mewakili 5.04 peratus dan 4.11 peratus daripada jumlah aset pelaburan dan masing-masing menyumbang pendapatan pelaburan RM372.79 juta dan RM246.27 juta dalam suku pertama 2017.

Sejak permulaan Simpanan Syariah pada 1 Januari, 2017, sejumlah RM952.10 juta daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM11.79 bilion telah dijana untuk Simpanan Syariah dan RM10.84 bilion untuk Simpanan Konvensional.

Simpanan Syariah memperoleh pendapatannya semata-mata daripada aset Syariah manakala pendapatan bagi Simpanan Konvensional dihasilkan oleh bahagian Syariah dan juga aset bukan Syariah.

Shahril menambah, pretasi bagi kedua-dua Simpanan Syariah dan Konvensional bergantung kepada prestasi pasaran, menjadikan perbezaan jangka pendek antara kedua-dua tidak dapat dielakkan.

Dalam jangka masa panjang, prestasi kedua-dua harus serupa berikutan strategi yang sama dilaksanakan untuk kedua-dua akaun tersebut, katanya.

Beliau berkata, KWSP kekal fokus kepada penyampaian sasaran dividen sebenar sekurang-kurangnya 2 peratys ke atas inflasi dalam tempoh pusingan tiga tahun untuk kedua-dua Simpanan Syariah dan Konvensional. – MalaysiaGazette