Beberapa anggota TUDM mengusung jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2017.
Jenazah Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof yang terkorban dalam nahas udara pesawat Hawk 108 tiba di Pengkalan Udara TUDM Subang dengan pesawat TUDM C130 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 16 JUN 2017
Sebahagian anggota TUDM memberi penghormatan terakhir kepada Jenazah Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof yang terkorban dalam nahas udara pesawat Hawk 108 sejurus tiba di Pengkalan Udara TUDM Subang dengan pesawat TUDM C130 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 16 JUN 2017
Anak Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, Muaz Addin Riaz (dua kanan) ditemani ibu saudaranya, Rozwani Ozair (kanan) menaiki van jenazah yang membawa jenazah ayahnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 16 JUN 2017
Isteri kepada mangsa nahas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi (kanan) menenangkan anak-anaknya sebaik tiba di Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2017.
Anggota TUDM mengusung jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof untuk disembahyangkan di Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2017.
Beberapa anggota TUDM meletakkan jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof dihadapan para jemaah untuk disembahyangkan di Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2017.
Isteri kepada mangsa nahas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi (tengah) ditenangkan oleh ahli keluarganya ketika jenazah tiba untuk disembahyangkan di Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2017.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Johari Baharum dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang bersama orang ramai dan ahli keluarga melakukan solat jenazah untuk jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof di Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2017.
Antara rakan terdekat juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan anggota TUDM yang hadir pada pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2017.
Sebahagian ahli keluarga mangsa nahas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof kelihatan sedih selepas jenazah selesai disembahyangkan di Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2017.
Isteri kepada mangsa nahas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi ditenangkan ahli keluarga terdekat selepas selesai pengebumian suaminya di Tanah Perkuburan Islam Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2017.
Abang kepada mangsa nahas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, Yusfi Mohamed Yusof tidak dapat menahan kesedihan melihat jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2017.
Isteri, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi (tengah) bersama anak-anaknya menyiram air mawar dipusara suaminya, mangsa nahas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, di Tanah Perkuburan Islam Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2017, 16 JUN 2017.