Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Jualan bulanan kenderaan di Malaysia semakin meningkat dengan permintaan terhadap kenderaan penumpang kekal di tangga teratas berbanding kenderaan komersial.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam laporan bulanannya berkata, jumlah jualan pada Mei 2017 adalah 50,600 unit, meningkat 7,854 unit berbanding April 2017.

Jumlah tersebut juga lebih tinggi berbanding 44,668 unit yang terjual pada Mei tahun lalu.

Menurut persatuan tersebut, jualan kenderaan meningkat didorong oleh perayaan Aidilfitri yang bakal berlangsung serta pelancaran model-model baharu.

Bagi jangkaan untuk Jun 2017, MAA mengunjurkan jualan kekal pada paras yang sama seperti bulan Mei berikutan promosi perayaan yang masih belum habis.

Setakat ini, sejumlah 234,186 kenderaan telah dijual pada 2017 berbanding 218,121 unit pada tempoh sama tahun lalu.-MalaysiaGazette