Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar beramah mesra dengan sebahagian kakitangan yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa KPKT bersama kakitangan di Bangunan KPKT, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 19 JUN 2017
PUTRAJAYA – Hampir genap setahun berkhidmat sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar hari ini terharu meraikan hampir seratus kakitangan kementerian itu.
Dengan nada penuh rendah diri, berbeza dengan perwatakan Noh seperti lazimnya yang tampak garang dan tegas di khalayak awam, beliau menyusun sepuluh jari di majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri di surau KPKT hari ini.
“Sempena hari yang mulia ini hampir setahun saya berkhidmat sebagai menteri di KPKT ini, kerja keras sebagai manusia biasa, saya mempunyai kelemahan banyak kekurangan.
“Jadi di hari yang mulia ini saya memhohon seribu kemaafan sepuluh jari jika ada kelemahan tingkah laku saya, tutur kata saya, yang ada menyinggung mana-mana pihak,” katanya.
Pada Julai tahun lepas, Noh dilantik menjadi menteri KPKT selepas rombakan kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – MalaysiaGazette