KUALA LUMPUR – Memasuki minggu terakhir Ramadan ini, umat Islam bagaikan tidak mahu melepas peluang untuk menikmati juadah berbuka puasa di hotel-hotel terkemuka ketika ini.

Apatah lagi, terdapat tarikan utama menu yang ditawarkan sekaligus menggamit selera selain harga buffet yang berpatutan.

Tidak ketinggalan, Para-Para Café di Hotel Grand Paragon Johor Bahru yang menjadi tumpuan pengunjung apabila sentiasa penuh dengan pengunjung sejak minggu kedua Ramadan lagi.

Shellout
Suasana sesak di Para-Para Cafe, Hotel Grand Paragon Johor Bahru sepanjang Ramadan.

Pengurus Café tersebut, Mohammad Herwan Misran, hotel tersebut memperkenalkan tema ala kampung bermula 1 Ramadan hingga 25 Jun ini.

Jelasnya, antara menu yang popular ketika ini adalah gulai kawah daging rusa, durian goreng dan shellout yang membuatkan pengunjung perlu membuat tempahan awal.

“Sejak minggu kedua, tempahan buffet Ramadan sentiasa penuh kerana penjunjung kami adalah pelbagai sama ada daripada agensi kerajaan, syarikat korporat dan swasta selain pelancong dari Singapura pada hujung minggu.

“Menu yang menjadi sebutan ramai sudah tertentu gulai kawah daging rusa yang menggunakan rempah ratus tersendiri dan daging rusa yang segar.

“Kami sentiasa mementingkan kualiti menu yang dikawal selia oleh Chef Kanan, Audleen Hamidy Ismail,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Pengurus Café, Mohammad Herwan Misran
Kambing bakar

Mohammad Herwan memberitahu Grand Paragon Hotel menyediakan lebih 100 menu termasuk kuih-muih traditional selain air khatira Abu Bakar yang popular di Johor Bahru.

Jelasnya, pakej buffet Ramadan hanya dikenakan bayaran RM118 untuk dewasa dan RM60 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun manakala warga emas mendapat diskaun 20 peratus. dikenakan sebarang bayaran.

Tempahan untuk 10 orang akan mendapat satu percuma.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi Hotel Grand Pargon Johor Bahru di talian 07-2685252 atau 019-7878722. – MalaysiaGazette