Home Nasional TNB kongsi tip keselamatan elektrik

TNB kongsi tip keselamatan elektrik

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkongsi beberapa panduan
keselamatan kepada pengguna akan pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Menurut syarikat, para pengguna dinasihatkan pastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup dan palamnya ditanggalkan bagi mengelakkan arus elektrik daripada terus mengalir.

Pengguna perlu pastikan peralatan elektrik yang perlu dipasang dalam keadaan baik dan motor di dalam peralatan elektrik bermotor, berfungsi dengan lancar.

Buka gulungan wayar sambungan tambahan sepenuhnya untuk mengelakkannya daripada menjadi terlalu panas jika digunakan dan menguji Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) atau Residual Current Circuit Breaker (RCCB), adalah satu amalan yang sebaik-baiknya dilakukan sebulan sekali.

“Semoga tip-tip tersebut membantu anda berhari raya bersama keluarga dan sahabat handai dalam suasana ceria. Selamat Hari Raya Aidilfitri,” kata Pengurus Besar Kanan, (Hal Ehwal Korporat), Kumpulan Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin.

Beliau turut menasihatkan pengguna untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB Careline untuk mendapatkan bantuan sekiranya gangguan bekalan elektrik berlaku sepanjang perayaan Aidilifitri nanti. – MalaysiaGazette