Khalid Abu Bakar

NILAI – Ketua Polis Negara menafikan laporan bahawa pengganas yang dikehendaki di Malaysia, Dr. Mahmud Ahmad telah terbunuh di Marawi, dekat Filipina.

Tan Sri Khalid Abu Bakar yang baharu menerima maklumat terkini mengenai perkara itu berkata, Mahmud masih hidup.

 

“Ia tidak benar. Beliau dipercayai masih di Marawi,” katanya ketika majlis berbuka puasa di Masjid Nurul Iman, dekat sini.

Sebelum ini beberapa media yang memetik sumber tentera Filipina melaporkan Mahmud yang cedera selepas bertempur di Marawi pada bulan lalu meninggal dunia pada 7 Jun lalu.
– MalaysiaGazette