Gambar arkib

KUALA LUMPUR – Industri automotif negara hari ini melangkah satu lagi langkah ke hadapan dengan termeterainya perjanjian akhir antara DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zhejiang Geely Holdings Group Co Ltd (Geely) dari China hari ini.

Ia juga bakal mengembalikan kegemilangan Proton.

Melalui perjanjian tersebut, sudah pasti perkara utama yang menjadi fokus umum adalah kebaikan yang bakal dinikmati oleh rakyat Malaysia sama ada secara langsung atau tidak.

Melalui perjanjian itu, sudah pasti peluang pekerjaan mampu diwujudkan terutama penggunaan loji di Tanjung Malim yang bakal digunakan sepenuhnya kelak.

Secara tidak langsung, perjanjian ini sedikit sebanyak dapat menampung atau mengurangkan peratusan kadar pengangguran yang juga merupakan antara isu utama di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya, perkara tersebut bakal direalisasikan berikutan loji di Tanjung Malim itu juga bakal memproses kenderaan Volvo.

“Malaysia juga akan bakal menjadi negara utama kepada Geely di rantau ini, yang membolehkan loji moden di Tanjung Malim digunakan pada kapasiti maksimumnya, bakal mewujudkan pekerjaan baru di dalam dan luar negara.

“Malah, loji Tanjung Malim juga akan menyaksikan kereta Volvo dipasang di sana,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu (tiga kanan) turut kelihatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (dua kanan) selepas melihat model kereta terbaru Boyue yang akan diperkenalkan untuk tontongan umum pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman diantara DRB-HICOM Berhad dan Zhejiang Creely Holding Group di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKZAIREY SALIM, 23 JUN 2017

Justeru, keputusan untuk menjalinkan kerjasama serantau dengan Geely merupakan langkah yang tepat berikutan sejarah ekonomi syarikat itu yang telah memiliki Volvo sejak tahun 2010.

Melalui pengambilalihan Volvo yang juga memberi pelbagai persepsi kepada ramai pihak sebelum ini, akhirnya telah terbukti dengan keuntungan operasi sebanyak 1.25 bilion dolar AS, yang juga merupakan terbesar dalam sejarah 90 tahun Volvo.

“Geely telah memiliki Volvo sejak tahun 2010, pengambilalihan yang menjelikkan beberapa pihak, tetapi berjaya dibuktikan kejayaannya kemudian.

“Tahun lalu, Volvo menandakan keuntungan operasi sebanyak 1.25 bilion dolar AS, yang terbesar dalam sejarah 90 tahun pengeluaran kereta Sweden yang terkenal itu,” tambah Najib.

Seterusnya, beliau berkata, Geely merupakan syarikat yang tepat bagi menganntikan pihak kerajaan sebagai pengemudi DRB Hicom yang menjadi pemegang 51 peratus ekuiti manakala 49 peratus lagi oleh Etika Automotive Sdn Bhd. – MalaysiaGazette