Riyad Mahrez. Foto The Sun

LONDON – Bintang Leicester City, Riyad Mahrez mahu berpindah ke Arsenal pada jendela perpindahan musim ini disebabkan pengurus kelab itu, Arsene Wenger.

Laporan di London mendakwa pemain antarabangsa Algeria itu tidak mempedulikan kedudukan Arsenal yang gagal layak ke kempen Liga JUara-Juara Eropah musim hadapan.

Pemain berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan penghijrahan ke Stadium Emirates musim lalu selepas membantu the Foxes menjulang piala Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015/2016.

Tetapi laporan di Algeria juga mencadangkan bahawa pemain sayap itu bersedia untuk meninggalkan Stadium King Power kali ini.

Juara EPL musim lalu, Chelsea dan Liverpool turut berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Le Havre itu, tetapi Mahrez difahamkan bertegas mahu menyertai skuad bimbingan Wenger.

The Gunner perlu mengeluarkan wang berjumlah sekurang-kurangnya £26 juta atau RM143 juta sekiranya mahu mendapatkan khidmat pemain prolifik itu.

Pemain itu juga pernah berada dalam radar kelab gergasi la Liga Sepanyol, Barcelona musim lalu.-MalaysiaGazette