Qatar
UAE, Arab Saudi, Bahrain dan Mesir melaksanakan boikot terhadap Qatar pada 2017 dengan memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkutan ke atas negara kecil yang kaya itu apabila mendakwa ia menyokong keganasan.

DOHA – Qatar sedang mengkaji senarai tuntutan yang dikemukakan oleh empat negara Teluk yang disifatkan permintaan itu sebagai tidak munasabah atau boleh dilakukan.

“Kami mengkaji tuntutan ini untuk menghormati … keselamatan serantau dan akan ada tindak balas rasmi dari kementerian luar negeri kami,” kata Sheikh Saif al-Thani, Pengarah Pejabat Komunikasi Qatar, dalam satu kenyataan kepada Reuters. .

Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu, telah mengeluarkan senarai permintaan termasuk menutup Al Jazeera, memutuskan hubungan dengan Iran, menutup pangkalan tentera Turki dan membayar ganti rugi.

Kenyataan itu berkata, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson baru-baru ini telah menyeru Arab Saudi dan negara-negara lain untuk mengeluarkan senarai yang “munasabah dan boleh dilakukan”.

“Tetapi senarai ini tidak memenuhi kriteria berkenaan,” katanya. – MalaysiaGazette