Kongsi

LONDON – Manchester United dikatakan semakin hampir memuktamadkan perjanjian untuk menandatangani Ivan Perisic dari Inter Milan.

Menurut sumber Sky Sport, Inter kini sedang dalam perbincangan lanjut untuk menandatangani pemain pengganti Perisic iaitu Keita Balde dari Lazio.

Berita perpindahan itu semakin bertiup kencang selepas Perisic diberi kebenaran untuk meninggalkan kem latihan Inter di Alps pada Sabtu lalu.

Inter pula masih berharap United memenuhi harga £ 48 juta untuk pemain sayap berusia 28 tahun itu. – MalaysiaGazette

SumberSky Sport
Kongsi

Tinggalkan Jawapan