Kongsi
Latiff Romly

LONDON РJuara Paralimpik, Mohd Latiff Romly menambah koleksi pingat emas buat Malaysia apabila berjaya mengekalkan kemenangan dalam kategori lompat jauh, lelaki T20 (Masalah Pembelajaran) di Kejohanan World Para Athletic di London di sini.

Mohd. Latiff mencatat lompatan sejauh 7.37 meter pada percubaan kelimanya bagi mengekalkan kejuaraannya di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, semalam.

Pingat tersebut merupakan emas kedua buat Malaysia.

Pingat perak dimiliki oleh Talic Zoran dari Croatia dengan lompatan sejauh 7.32M manakala pinagt gangsa pula disandang Dmytro Prudinikov dari Ukraine dengan lompatan sejauh 7.12 meter.
Kongsi

Tinggalkan Jawapan