Thursday, April 25, 2024
Home Seni Hidup 500,00 tonton muzik video I Am Me

500,00 tonton muzik video I Am Me

Datuk Vida di kapet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017

KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman tidak menyangka ‘single’ pertamanya berjudul I Am Me mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat.

Popular dengan panggilan Datuk Vida, beliau terkejut apabila apabila muzik video tersebut telah ditonton sebanyak 500,000 kali sejak dilancarkan pada Jumaat lalu.

Menurutnya, beliau terharu kerana masyarakat boleh menerima lagunya walaupun ramai yang mengkritik mutu nyanyiannya sebelum ini.

“Apa kerja yang saya buat, yang penting kena ikhlas. Saya juga tidak hirau apa yang orang hendak kata kepada saya.

“Saya bersyukur kerana impian untuk merakamkan lagu sendiri tercapai dan bonus apabila mendapat sambutan luar jangkaan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Lagu I Am Me itu dicipta oleh komposer Edry Abdul Halim. – MalaysiaGazette