Friday, March 29, 2024
Home Seni Hidup Ummi Nazeera mula edar kad kahwin

Ummi Nazeera mula edar kad kahwin

KUALA LUMPUR – Pelakon, Ummi Nazeera mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya yang akan berlangsung pada 5 Ogos ini.

Kad jemputan berwarna putih dan rona perak menjadi pilihan bakal pengantin itu untuk diedarkan kepada rakan-rakan media dan keluarga terdekat.

Majlis pernikahan Ummie Nazeera, 27, dan pasangannya Dr, Mohd Izzar Anwari ini akan diadakan di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada 3 Ogos ini sebelum menyambung resepsi pertama.

 Resepsi pertama Ummi dikhususkan khas kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan rapat. – MalaysiaGazette